Thursday, 10 November 2016

4 Cara Diet Yang Berkesan Untuk Kurus

Apa yang aku buat ke empat empat ni memang menjadi la . tak perlu kot makan ubat untuk kurus yang perlu nya kita diri sendiri kalau kita sendiri boleh kawal boleh je kurus kalau tak kecundam la jawabnya . Korang mesti ada satu nekad dan berjanji betul betul pada diri untuk kurus bukan angan angan tahi ayam okey . Bagi aku pada mula nya dan start untuk diet ni memang agak susah sebab keseleraan makan tu memang tinggi dengan pengaruh orang orang sekeliling kita lagi macam mana nak hadap dengan semua tu So korang kena yakin dan tekad apa yang korang hajati. apa yang aku buat sebelum ni. 

1.  Kurang Makan Nasi


Macam aku cakap tadi la kena tekad  korang yang suka makan nasi tu boleh kurangkan makan nasi     ataupun tak makan nasi langsung . Apa yang aku buat selalu nya aku makan lauk lauk dengan             sayur je nasi aku takkan sentuh sebab bagi aku lauk tu yang menyelera kan walaupun tahan                 nafsu tak makan nasi. Sebenarnya boleh je kalau korang nak makan nasi tapi dengan kuantiti yang     sedikit ataupun makan dengan lauk yang bukan bergoreng ataupun berminyak lebih kurang lauk         yang berkhasiat contohnya ayam rebus daging rebus sayur yang berebus ataupun yang ber grill           sebab nasi putih kandungan gula dan gluten tinggi kalau korang makan dengan lauk yang                     berminyak memang takkan berkurang la berat badan so kena la balance kan dan korang boleh   gantikan dengan brown rice jugak sayur pun kena makan dengan banyak baru sihat dan kurus.  

2. Kurang Air Manis / Air Bergula



       Pernah juga pantang setahun tak minum air manis dan air sejuk atau berais memang  aku takkan          sentuh air manis walaupun mam buat dekat rumah dan bila makan dekat luar aku  akan oder air          masak sebab bagi aku gula sebenarnya lagi cepat berat badan kau naik sampai sekarang  memang        dah tak biasa minum air manis, bila minum tekak jadi sakit dan selepas tu aku memerlukan                  minum air suam, kalau korang selalu amalkan yang tak biasa boleh jadi biasa. Cuba dulu baru            tahu !

3. Detox


        Untuk melawaskan pembuangan aku menggunakkan Clenx Tea salah satu sebab nya untuk                 buang air besar dengan lancarnya kikiki ! Sebelum ni memang agak susah juga nak membuang           bila makan je esok pagi pagi baru nak membuang tak terus menerus bila lambat nak membuang           perut akan jadi buncit. Bila dapat Clenx Tea ni memang bagus lepas makan, minum detox                   memang membantu korang untuk membuang tapi yang best perut memang sakit giler tak boleh           tunggu. Kegunaannya bagus untuk :

  • Mengurangkan berat badan atau mengekalkan bentuk badan yang ideal
  • Mengalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit
  • Meningkatkan keupayaan organ organ detoksifikasi
  • Menguatkan Sistem imunisasi

4. Puasa

      Aku selalu  amalkan untuk berpuasa, bukan niat untuk kita diet ke tapi niat la untuk puasa sunat         isnin dan khamis, puasa salah satu ibadat untuk umat islam. Macam tu juga aku selalu juga puasa       untuk mencari berat yang ideal dan sambil tu dapat pahala. Bila mula jadi terpaksa nak puasa               lama kelamaan dah jadi biasa bila aku tak puasa dalam seminggu tu aku rasa macam tak selesa.

  

Untuk korang macam ni la cara aku diet kan diri . insyallah dari berat 55kg sekarang jadi 50kg











No comments:

Post a Comment